Wednesday, October 7, 2009

isu rokok

semalam gua dapat tahu harga rokok naik lagi..setelah di tolak tambah menggunakan otak ostrich yang lebih kecil dari matanya, harga baru sekotak rokok dunhill 14's adalah RM 6.90..berbanding dengan harga lamanya RM 6.70..walaupun nampak kecil, ia tetap menjejaskan prestasi kewangan berkala gua bagi tahun berakhir 2009 dan akan datang..

gua cuma nak cakap satu perkara, jangan sampai gua keluarkan duit KWSP untuk beli rokok..walaupun ianya simpanan untuk masa depan, masa belakang ni nak kira macam mana? gua nak beli rokok pakai apa? pakai daun sireh?

start dari hari ini, gua istiharkan perang ke atas kerajaan, apa nak jadi-jadilah..bukan sekali dua naik, start gua pandai hisap rokok dia dah pandai naik..

bak kat iklan dalam tv, don't break my heart..

31 komeng:

ZARA 札拉 said...

itu kalau lu isap, lu break sapa punya heart?

eh, naik 20 posen jer~

takkan cuak kot?

muahahaa~

kay said...

naik 20 sen pun berkira..sampai nak isytihar perang lak..

sharamli said...

hisap r0ok0k daun sudah...

Tinie a.k.a Ibu Fatin said...

tu tandanya kena lah berehenti merokok..

nuyuljana said...

hahaha.

bab corner2 cite mmg lu king.

"don't break my heart"

stop smoking ok!

not gud 4 ur health.

Si Aizuddin said...

Menabung amalan mulia.

Lifesaver said...

aku suka harga rokok naik!!yabedabedooooooooooo!!!!

nasib baik laki aku bukan penghisap rokok

aishah_conteng_je said...

dah boleh la start isi borang pinjaman mikro kat bank rakyat nak tampung kos asap kamu~

ngeh2~

azie said...

don't break my heart lah sangat.

Lionel Azry said...

hisap la DJarum black :P

macha_sezs said...

masa untuk bertukar kepada Surya?

jo said...

don't break my heart pale bana lu..
padanlah muka harga rokok naik...

~0~ said...

bagus2 aku sokong...

Darkk said...

sudah-sudah la isap rokok tu. kalu beli, kasi gua separuh pun takpa.

bokbon said...

najib...break my heart too. hah..ha..

dzul said...

bleh kut kuar kWsp akaun II

tengku_fir21 said...

hahaha
don't break my heart...
EPF benarkan kuarkan duit dari akaun 3 utk belik rokok

SHIMI said...

nasib baik la rokok kat sini murah. Kotak 20 sekarton baru 16USD. Nanti aku balik Malaysia baru nak fikir camana nak join ko....

apei said...

berenti ajer lah isap rokok brader..

Hidemichi said...

lu cubalah ganti dgn makan kuaci pulak!

Cik Zura said...

lu nin patut kena perang ngan rokok tuh la.. bukan ngan kerajaan... huhuhu

ijan said...

kalau rokok takde susah la aku nak berak nanti...

paiseh said...

gua nak copy entry ni buat jadi surat rasmi bagi kat Jabatan Perdana Menteri.

tasikmerah said...

isap rokok tu sila ingat ank bini sikit...



.

ezzati said...

sib baik aku x tergoda ngan panggilan menggoda membe aku soh sapkok..kalo x, abih budget kewangan 2010...

@tune® said...

baik kuarkan duit kwsp skang...
sbb gua syak lu macam xsempat nk pakai...

yelah...dah hisap rokok tuh penting..kang lu mati xisap rokok plak

balqissy said...

xcukup naik harga lagi tu. kang petrol naik, dia naik lagi T.T

♥ladykiki♥ said...

hmmm banteras je terus.. kalo dah naik harga.. kalo sebln leh sampai rm300 pasti ganja itu lebih murah.. lagi mampus nak bantars ganja.. baik tak payah jual suma.hahaha so.benti merokok

Fiziy said...

rokok naik la bagus.

baru lepas ni hisap nampak cam orang kaya. yelah, mampu belilah katekan!

vidadarisakura said...

lu idup lagi x?

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.lame x isap rokok sejak rokok naek harga ;p