Thursday, December 24, 2009

up side down




gambar ini gua tangkap lebih kurang seminggu yang lal..tiada teknik photoshop, editing atau sebagainya..gambar ini juga tidak perlu di rotate kerana ia memang berada pada kedudukan asal..gambar ini di tangkap ketika kereta gua sedang bergerak..king of rare kan?

p/s: jadi tak perlu hairan kalau anak gua tak pakai seat belt..

Wednesday, December 23, 2009

panik

ada satu hari gua bawak anak sulong gua berjalan naik kereta..anak gua kalau naik kereta dah jatuh hukum wajib dia take over seat depan..bini gua dengan anak gua yang kecik secara auto duduk kat belakang..jangan harap gua nak romantik-romantik berpegang tangan dalam kereta masa scene bercinta di awan biru..buat masa sekarang, gua cuma boleh romantik-romantik berpegang tangan dengan hand-brake ataupun kepala gear..patutlah spirit of romantik gua tak berapa nak menaik sejak kebelakangan ini..

nak dijadikan cerita, selepas gua mengambil selekoh dengan kadar kelajuan 120km/j tanpa sempat gua membetulkan badan ke posisi tegak, tiba-tiba muncul satu road-block JPJ dalam jarak lagi 100 meter..di sebabkan gua seorang rockers sejati, gua dengan seat belt memang tak berlaga angin kecuali bila berhadapan dengan kes-kes kecemasan..dalam situasi kucar-kacir, walaupun nampak hipokrit dan menipu diri sendiri, gua pasang juga seat belt seperti yang disarankan oleh pihak JPJ..

kuat berpegang pada peribahasa 'bapa borek anak rintik', dengan anak-anak gua sekali tak pakai seat-belt..apa yang boleh diharapkan dengan anak gua yang berumur 3 tahun lebih..tok sah kata nak pakai seat belt, seluar pun kadang-kadang tak pakai..gua panik..tanpa sempat gua mengambil langkah drastik yang lain, kereta gua tiba diperkarangan road-block..fikiran gua menerawang memikirkan strategi-strategi licik untuk bertentangan dengan pihak JPJ..dalam keadaan panik, akal-akal licik gua buntu..

'nok gi mana ni?' soal pegawai JPJ misai melintang persis Dato' K..

'nok gi kemaman encik, beli barang dapur sket' gua jawab tanpa mempedulikan misai melintang..

'doh ni guane anok dok pakai tali pinggang?' soalan yang membuatkan jantung gua berdegup kencang..hati gua dah tak tenteram, gua syak lepas ni mesti gua kena saman..tak sempat gua buka mulut nak menjawab..

'pak cik, abang(anak gua bahasakan diri dia abang) pakai la tali pinggang..tengok ni, aboh beli masa hari raya hari tu' anak gua menjawab tanpa muka bersalah seraya menunjukkan tali pinggang kuningnya..

gua tersengih-sengih madu bilamana pegawai JPJ kelu tak terkata..

nasib baik anak gua tak panik..

Tuesday, December 15, 2009

mithali-mithali belakang kira

entri ditulis pada May 2009..

satu hari yang hening pulang dari kerja, badan gua remuk-remuk..sumpah itu hari gua memang sibuk dengan kerja..amende sibuknya entah, yang gua perasan rokok pun tiga empat batang je gua hisap..tu pun pam laju-laju, nak sembang lebih-lebih pun tak sempat..sms langsung gua tak reply..ada ke dalam gua tengah sibuk-sibuk celcom hantar reminder gua suruh topup..macam mana gua nak reply..ada ke reminder pakai sms, sikit pun gua tak goyang..

dalam hening-hening petang tu, gua pick-up anak-anak gua kat taska..

balik rumah gua baru je cadang-cadang nak bersidai, anak gua start buat hal..di suruhnya gua jadi 'kuda'..peh, dah la badan letih..ni kan kalau gua tak layan, memang bersepah dia punya tempik..sebijik macam amy search..nak tak nak, gua mengambil posisi menjadi 'kuda'..si abang naik, si adik mengekek ketawa...sampai terpejam-pejam mata..suka sangat lagaknya..bini gua tersengih-sengih..ni malaun mana yang mengajar gaya hidup tak sihat ni..masuk lima round gua dah letih..gua cuba mencari akal licik untuk melepaskan diri.

'abang, rilek dulu ek..kejap lagi abah sambung' gua cuba beri harapan palsu..
'tak nak, abang tak puas lagi ni' kan gua dah kata tak jalan punya..

gua sambung lagi dua round..bertekak pun takde guna..boleh jatuh hukum mustahil kalau dia nak berhenti..dalam dua round tu, gua berfikir-fikir alasan yang boleh di terima akal kanak-kanal di usia 3 tahun..

'abang, 'kuda' dah mati' gua pejam mata rapat-rapat, buat-buat mati, sikit pun tak bergerak..
'erk..ibu, betul ke 'kuda' dah mati?' soalan di tujukan kepada ibunya..riak-riak tak percaya jelas kedengaran..
'ha'ah..'kuda' dah mati tu, sudah-sudahlah main 'kuda' bini gua mencover situasi gua..

si abang jelas tak berpuas hati, tiba-tiba entah mana datang akal dia, dia menjerit..
'kalau 'kuda' dah mati, abah jadi 'lembu' pula' si abang sambung sambil mengambil posisi joki..

akhirnya, banyak juga jelmaan gua itu hari..bermula dari kuda, lembu, kambing dan yang paling rare unta..

***

semalam peristiwa yang lama berulang lagi..dan yang paling gua tak tahan, gua di jadikan kuda double seater..si adik pun dah into scene-scene kuda..gua harap medula oblongata gua mampu bertahan sehingga anak-anak gua pencen bermain kuda..

Thursday, December 10, 2009

TMNut

untuk makluman gua tengah kumpul gangster-gangster kampung nak pergi bakar pejabat TM cawangan Kemaman..gua apply streamyx dari 12 Nov 2009, sampai sekarang langsung takde berita..dengan promosi percuma yang bakal berakhir 31 Disember 2009, gua tahu pihak TM cuba main kasar dengan gua..

bila gua follow up, pegawai TM cakap 'kawasan kejiranan encik data card banyak rosak dan penuh, harap bersabar'..

setelah melalui kepayahan mendapatkan internet secara sah dan halal, gua terpaksa menggunakan cara alternatif dan yang paling penting percuma..yang pasti rumah gua dah dapat internet..dari mana gua dapat lu jangan banyak soal..silap-silap gua terajang kan..

p/s: badan sedap gua masih tak sedap badan..demam gua masih belum beransur pulih..dari level basic dia mencengkam naik level advance..gua nak hisap rokok pun takde selera sekarang..nasib baik ada hacks hitam kasi berangin sedap sikit gua nak hisap rokok..

Tuesday, December 8, 2009

cerpen BIDIN gua dalam pungpang edisi pertama

Bidin kucar kacir bersiap..rambutnya yang biasa di sikat stail belah tengah di beri nafas baru, stail pacak macam David Beckham masa main dengan Manchester United..di sekolah, fesyen rambut Bidin terhad..Bidin masih ingat kali pertama dia membuat fesyen rambut pacak, dia di panggil oleh Cikgu Mat Ali screambler time assembly..di pentas assembly tu juga Cikgu Mat Ali tukar fesyen rambut Bidin dari David Beckham ke Ronaldo..sejak dari peristiwa itu, Bidin serik untuk memandai-mandai membuat fesyen rambut di sekolah..kesudahannya, Bidin ambil langkah selamat dengan stail rambut belah tengah..walaupun di label budak skema, budak belia oleh kutu-kutu sekolah, Bidin tak ambil pot, dia benar-benar serik dengan peristiwa tersebut..sebulan juga Bidin pakai kopiah buat cover rambut Ronaldonya..

bershirt Polo dengan kolar ditegakkan, berseluar jeans dan kepala tali pinggang berkilat Bidin memerhatikan setiap inci penampilannya..berpuas hati dengan penampilannya, Bidin tersenyum sinis..

'malam ni, kalau tak sangkut jugak, tak tahulah' bisik Bidin dalam hati kecilnya..



bersambung..untuk versi penuh cerpen Bidin, sila beli pung pang zine edisi pertama yang bakal dilancarkan pada Januari 2010..